AKTIVITI
KELAB.
MEMPERGIAT TEATER
Fokus kelab untuk menerbitkan teater yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kelab ini berhasrat untuk menerbitkan sebuah teater besar sekali dalam dua tahun dan untuk meninggikan nilai kualiti teater di Negeri Sembilan.
KURSUS TEATER
Kursus-kursus teater akan diadakan dari masa ke semasa untuk memberi peluang kepada peminat dan penggemar teater untuk mendekati teater. Fasilitator kursus adalah di kalangan ahli yang lama dan berpengalaman.
PENULISAN SKRIP
Bagi menambah dan memperbanyakan lagi naskhah teater, kursus penulisan skrip teater dijalan dari masa ke masa membuka ruang kepada penulis skrip teater untuk menulis dan menerbitkan naskhah teater baru dan kontemporari.
MUZIK TRADISIONAL
NEGERI SEMBILAN
Selain Teater, kelab juga aktif melatih anak-anak muda dengan permainan dan persembahan muzik Tradisional Negeri Sembilan seperti Bongai, Cak Lempong, Tumbuk Kalang dan Randai serta tarian seperti Terinai, Tarian Lilin dan Tarian Piring.
Aktiviti Bergambar Dalam Sejarah Kelab
AKTIVITI SEPANJANG 2022
KONSERT MUZIK TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN 2022
12 Mac 2022
Dewan Rakan Muda
KUALA PILAH
PEMENTASAN TANJONG
DI ENCORE MELAKA
4 - 6 Jun 2022
ENCORE Imoression City
Klebang
MELAKA.
PEMENTASAN TEATER TANJONG
DI ISTANA BUDAYA
KUALA LUMPUR
9 - 11 Sept 2022
Panggung Sari Istana Budaya
KUALA LUMPUR
KONSERT MUZIK TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN
2022.
14 dan 15 Dis. 2022
Auditorium Raja Melewar
JKKN NS
SEREMBAN
TEATER
TANJONG.
Karya & Arahan:
Dr. AhmadRashidi bin Hasan
SINOPSIS:
Empat pementasan teater TANJONG akan diadakan sebagai Acara Visit Malaysia Year 2020 (VMY 2020) Pementasan ialah pada April, Julai, September dan Disember. Tanjong menggarap dua kisah dalam satu teater. Pertama, kematian Dato Penghulu Luak Tanjong di Tanah Seberang (Minangkabau) ketika mencari perlindungan untuk keselamatan bumi Tanjong dari ancaman luar (Bugis dan Belanda) menyebabkan Luak Tanjong kehilangan pemimpin. Jawatan ini yang sepatutnya digilirkan oleh Dato Perdana, mengikut Adat Perpatih, tetapi telah dituntut oleh Baroq, anak Dato Penghulu Luak Tanjong kerana mahu jawatan itu diwarisi. Perebutan ini menjadi konflik berpanjangan.
Kedua, Tanjong ialah seorang gadis ayu anak Dato Penghulu Luak Tanjong (adik Baroq) yang dalam percintaan dengan Anjang, anak Dato Perdana. Ketika Tanjong diculik oleh Ba’ai, Orang Gunung, dia telah diselamatkan oleh Dabur, abang Anjang. Dabur (seorang bongkok) menuntut untuk memperisterikan Tanjong kerana telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Tanjong. Perebutan cinta Tanjong oleh kedua beradik ini menambah konflik di bumi Tanjong.
Teater ini berlatar belakangkan Adat Perpatih Negeri Sembilan. Ia telah dipertontonkan kepada pakar-pakar dan Dato-Dato Adat dan Tanjong telah diterima baik dan disahkan untuk dipentaskan. Penasihat Adat Perpatih ialah Dato Perdana Abd Khalid bin Ujang.
Loghat Bahasa Daerah Negeri Sembilan, laras bahasa orang biasa yang mudah difahami. Keindahan dialog, penggunaan bunga-bunga Bahasa Negeri Sembilan dan bahasa Teromba Adat Perpatih yang hanya sesuai dipersembahkan dengan loghat Bahasa Negeri Sembilan.
AKTIVITI SEPANJANG 2023/24
TEATER REMAJA
KERBAU
5 OGOS 2023
DIBATALKAN
AUDITORIUM
RAJA MELEWAR
JKKN NS
SEREMBAN
KONSERT IRAMA TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN 2023
23 SEPT. 2023
D'SURY
JKKN NS
SEREMBAN
KONSERT WADAH MUZIK TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN 2023
11 NOV. 2023
D'SURY
JKKN NS
SEREMBAN
OLEK PERPATIH
12 - 16 JANUARI 2023
MATIC
KUALA LUMPUR
Trailer
Tanjong
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami atau emailkan kepada kami seperti di alamat tertera di bawah:
NO TELEFON
ALAMAT
Lot 1198 A Batu 12 1/2, Kampung Ulu Bendol
71500 Tanjong Ipoh
Negeri Sembilan
06-4887919
011-65625009