JAWATANKUASA
KELAB
PENGASAS
KELAB.
Dr. AhmadRashidi Bin Hasan
Anak seni kelahiran Tanjong Ipoh N. Sembilan. Seorang ahli akademik, seniman pelukis, kurator, penulis, pengarah dan jurulatih teater. Mantan Profesor Madya, Pensyarah di Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah Melaka.
Berkelulusan Ph.D (UiTM Shah Alam) dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Kesenian Islam), mendapat didikan awal di Batu Kikir dan pendidikan tinggi di ITM Shah Alam.
Telah menulis dan menerbitkan 12 buah buku, membentangkan 72 kertas penyelidikan, mempamerkan 32 buah lukisan dalam 7 pameran berkumpulan dan mengarahkan 6 buah teater dan kurator bagi 8 pameran lukisan sepanjang karier nya.
KEAHLIAN
Kini keahlian kelab terdiri daripada 30 orang ahli dan 22 orang ahli remaja.
PENGGIAT
KELAB.
Jasmi Abas
Pengerusi Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Seorang pengurus syarikat swasta, antara yang kuat memberi sokongan kepada kegiatan Teater ASAR. Seorang seniman, pelakon dan pengarah, Jasmi pernah berlakon dalam Si Bongkok Tanjong Puteri (1982), Kerusi (1986) Kerbau (1992/ 2019) dan adalah Penolong Pengarah Teater Tanjong 2019/ 2020. Memiliki pengetahuan pengurusan yang baik banyak membantu memajukan kelab.
Nor Syuhada Ahmadrashidi
Pengarah Urusan Kelab Teater ASAR
Seorang peminat dan penggemar teater, berkelulusan MA (Sarjana) Mass. Comm UiTM, beliaulah nadi penggerak aktiviti teater ini. Pakar dalam membuat kertas kerja dan pengurusan pentas. Terlibat secara langsung sebagai pengurus untuk teater 'Tanjong' dan 'Kerbau' terbitan kelab ini dan menlaksanakan pengurusan teater secara profesional.
Faidzal Bakar
Timbalan Presiden
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Seorang pendidik, kini bertugas di
Pejabat Pendidikan Port Dickson. Banyak terlibat dalam pengurusan kelab terutama dalam penyediaan set, props dan juga sinografi teater.
Lakonan sebagai Si Bongkok (1982) dan Penolong Pengarah bagi Teatert Tuah dan Jebat (1992).
Bendahari Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Fadle Isa
Seorang guru kanan, tetapi turut terlibat dalam pengarahan teater dan pengurusan pentas teater. Memegang watak ‘Jin Afrit’ dengan jayanya dalam ‘Tanjong’, (2019) watak ‘Pak Ali’ dalam ‘Kerbau’, watak ‘Chee Bah’ dalam ‘Tuah dan Chee Bah (1992) ternyata Fadle adalah seorang pelakon yang sangat berbakat.
Ahmad Nur Zamrin Borhan
Setiausaha Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Berkhidmat sebagai Penolong Pengurus sebuah syarikat swasta di Seremban, beliau mula berjinak dengan teater pada 1982 (Si Bongkoj Tanjong Puteri), dan mula memegang wakat penting pada 1986 (Uda dan dara), 1992 (Buah dan Chee Bah) dan terlibat dalam Kerbau (2019—2020). Berkebolehan membawa variasi watak, serius dan jenaka.
Hazlin Ismail
Ahli Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Seorang pegawai Human Resource dengan sebuah syarikat di Cyberjaya, merupakan seorang penyanyi. Beliaulah yang menyanyikan lagu latar dalam kebanyakan teater terbitan Kelab Teater ASAR.
Muzik dan lagu untuk teater terbitan kelab ini dicipta oleh Aziem Rashidi, berkelulusan Ijazah dalam bidang muzik.